Selamat Datang!


Monday, June 3, 2013

P.RAMLEE!!! SUPERMELAYU.... TOKOH MELAYU SEJATI..! (WAJIB BACA)

Assalamualaikum semua.. admin pasti kalau sebut je pasal P.Ramlee.. mesti ramai yang kenal terutama dikalangan orang melayu.. yelah.. siapa yang tak kenal dengan seniman agung ini.. walaupun semua hasil karya beliau sudah mejangkau usia hampir lebih daripada 40 tahun.. tapi dialog-dialog lucunya.. masih segar dalam ingatan kita sehingga kini.. admin sendiri pun tak pernah bosan dengan karya-karya beliau malah tengok berulang-ulang kali pun tetap rasa menarik...tapi tahukah anda? seniman ni pemikirannya menjangkaui zamannya... mari kita mulakan apa yang menarik tentang seniman agung ini...

p/s: Artikel kali ini agak panjang sedikit tapi apa salahnya membaca  demi mendapatkan maklumat yang berguna  yang selama ini tidak difikirkan oleh masyarakat..

 



“ Dengar sini kawan kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita, ya… memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua…harapan ku hanyalah, kita sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya… “ P.RAMLEE… (SARJAN HASSAN) 1958.



 1.Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim, jika disebut akan namanya ini, pasti ramai generasi muda kita tidak berapa kenal dengan nama agung ini, tapi jika disebut P.Ramle, dari tokwan sehinggalah ke cicit wan pon semua kenal akan insan agung teristimewa ini.


 2. Tentu para pembaca hairan, kenapa dan apakah sebabnya artikel ini ditulis. Apa kaitannya dengan blog SangMelayu ini?

3. Di sini tuan tuan pembaca sekalian, saya ingin mengajak tuan tuan semua mengkaji dan menilai setiap lakonan dan penceritaan seniman ini yang pada hemat saya kebanyakan penonton peminat P.Ramlee ini hanya untuk menonton dan menghiburkan diri sendiri atau keluarga.


4. Tetapi sedar atau tidak, seniman ini sebenarnya mengajar kita pelbagai erti rencah hidup yang sememangnya kita hadapi pada zaman sekarang ini. Apa yang tersurat dan tersirat dalam mesej yang disampaikan kepada kita khususnya bangsa Melayu telah lama di kaji oleh beliau dan terbukti pemikirannya ini mendahului zaman!


5. Pelbagai versi berkenaan dengan seniman ini telah di perkatakan oleh pelbagai peringkat dan komuniti. Namun ia tetap penuh misteri, mistik sehingga mengangkat insan ini terus di puja di sanjung hingga kini.


6. Perwatakan aneh, suara merdu, kata kata berfalsafah dan dicampur dengan unsur ketuhanan menyebabkan kadang kadang pemikirannya melepasi jangkauan pemikiran masyarakat ketika itu.


7. Ia memiliki segala galanya yang perlu ada bagi setiap insan kreatif dan bestari dan menggunakan kreativitinya untuk keperluan masyarakat.


8. Diiktiraf sebagai anak Melayu pemikir (Whole brain thinker) melalui kehebatannya berkarya dan telah membuktikan kebolehannya memimpin walau hanya di dalam filem.


9. OK, berbalik kepada pemikiran seniman ini yang mendahului zamannya, saya mulakan dengan filem SARJAN HASSAN 1958. Sudah 55 tahun rupanya filem ini. Petikan dialog di atas diucapkan 55 tahun yang lampau yang menyeru agar bangsa Melayu bersatu dan tidak menjadi tali barut penjajah.


10.Memang bangsa kita masih muda, tetapi kita jangan pedulikan itu semua. Mesej bersatu di utarakan dalam dialog ini.


11.Filem SENIMAN BUJANG LAPOK 1961 (sudah 52 tahun) dialog yang berbunyi begini : “Hoi, ini wayang gambar bikin ka? (sudin)..nama saja orang Melayu..budi bahasa pon tak tau..panggil orang hoi hoi hoi…
(jaga Singh)….. tengok banggali ni bahasakan kita laa,, memang betul apa dia cakap… panggil orang hoi hoi hoi, bahasa menunjukkan bangsa tau..(Ramlee)..”

12.Mesej yang cuba disampaikan ialah bagaimana bahasa itu mencerminkan suatu bangsa iaitu Melayu. Suatu bangsa yang unggul mempunyai bahasa dan tuturkata
yang amat sopan dan bererti. Saya juga merujuk kepada satu puisi mengenai bangsa Melayu iaitu “Melayu itu menegur pun ia sopan.”


13.Filem SEMERAH PADI 1956 (sudah 57 tahun) menceritakan sebuah negeri yang mendaulatkan undang undang islam dalam pemerintahannya. Arus pemikiran seniman ini berkonsepkan ketuhanan dan menerapkan budaya Melayu yang agak pekat dalam kehidupan seharian. Dialog…“Dari hidup bergelumang dosa, biar mati dijilat nuraka, Teruna mengeluh kesal di hadapan sahabatnya Aduka.


14.Dengan parang di atas kedua telapak tangannya, Teruna (P. Ramlee) menyerahkan nasibnya di tangan Aduka (Nordin Ahmad) ketika menyatakan pengakuannya; berzina bersama Dara. Mesej yang diutarakan ialah bagaimana adab sopan bangsa Melayu itu di jalinkan bersama kepatuhan beragama yang tinggi dan nilai kejujuran serta merendah diri bangsa di zahirkan dengan kekesalan melakukan satu dosa dan sedia menerima hukuman.


15.Zaman sekarang? Payah hendak jumpa orang yang mudah mengaku salah dan silapnya. Selagi boleh lawan, lawan la, peguam kan banyak.


16.Filem IBU, keluaran 1953 (Sudah 60 tahun) menceritakan seorang anak yang patuh pada ibunya dan guru muziknya tetapi gagal dalam hidupan akibat terpengaruh dengan wanita penghasut sehinggakan ibu dan gurunya sanggup berkorban demi menyantuni hati dan perasaan anaknya.


17.Mesej filem ini digarap baik oleh Teuku Zakaria sebagai satu filem yang menunjukkan budi bahasa orang Melayu yang diajar oleh keluarga sejak kecil iaitu menghormati seorang guru (Muzik) yang berjaya melatih anak muda itu sehingga berjaya.


18.Namun oleh kerana hanyut dalam dunia glamor dan pengaruh wanita, maka segala budi bahasa itu turut hanyut dan sehingga menderhaka pada ibu dan gurunya.


19.Apa yang hendak disampaikan ialah, pemikiran Teuku Zakaria ini telah dapat melihat dan membayangkan bahawa 60 tahun selepas filem ini, wujud betapa ramai anak muda Melayu kita yang derhaka pada keluarga dan sekarang ini ramai yang telah terpesong dalam hidup dan gagal menjadi anak yang berguna untuk negara.


 


20.Jika derkaha pada Sultan atau Pemerintah.. bagaimana pula?


21.Filem HANG TUAH keluaran tahun 1956 (sudah 58 tahun), filem Hang Tuah antara filem yang amat saya minati.


22.Dialog dialog yang penuh dengan patriotisme Melayu dan taat setia pada pemerintah serta dialog setia kawan antara 5 Hang bersaudara.


23.“Jika ku tau abang Tuah masih hidup, tidak akan ku lakukan semua ini bang Tuah…”, “Jebatkah yang bersalah? Atau aku kah?”, “ Ampun Tuanku.. Sembah Derhaka patik berikan.. Jika pacal Hang Tuah masih hidup.. apakah tuanku akan maafkannya?”


24.“Apa? Tuah masih hidup? Jika sebesar gunung sekalipun, beta akan maafkannya..” Betapa indahnya bahasa yang diguna walaupun dengan nada yang agak marah dan nada kekesalan dari watak watak tersebut. Garapan Teuku Zakaria pada dialog ini disertai dengan mainan emosi dan mimik muka berjaya menyampaikan mesej mesej berikut kepada bangsa Melayu kita…


25.Dialog pertama : dari Hang Jebat menyaksikan bahawa tindakan derhaka kepada pemerintah itu adalah bersebab tetapi kerana sebab itu datangnya dari fitnah, maka akibat yang harus ditanggung adalah besar.


26.Oleh itu wajarlah kita menyiasat apa jua berita yang datang agar tidak di pecah belahkan oleh musuh musuh kita. Kelak buruk padahnya.


27.Dialog kedua : penyesalan dari Hang Tuah kerana terlampau taat setianya kepada pemerintah, (zaman sekarang dipanggil arahan / perintah) maka saudara sendiri terkorban.


28.Jelas menunjukkan bahawa taat setia orang Melayu pada pemerintah sebenarnya bagai isi dengan kulit.


29.Menunjukkan sesungguhnya Melayu itu amat setia dan mengikut perintah serta mudah memberontak jika diganggu gugat.


30.Dialog seterusnya memperlihatkan bahawa, di atas taat setia rakyat kepada pemerintah, maka pemerintah juga sanggup memaafkan rakyat jika rakyat itu benar benar berkhidmat untuk negara dan memperlihatkan kuasa pemerintah itu adalah luas.


31.Maka seharusnya bagi bangsa Melayu itu sendiri khususnya, pemerintah adalah ketua bagi segala-galanya dan jika kita taat setia, tidak mustahil jasa jasa kita akan dihargai walaupun telah tiada.


32.Filem LAXMANA DO RE MI 1972 (sudah 41 tahun) merupakan filem terakhir Teuku Zakaria. Dialog : Wahai Bangsi hikmat.. kau butakanlah mata kedua dua kawanku..”


33.Dialog sewaktu 3 laxmana membawa pulang puteri kerajaan Pasir 2 butir. Mesej dialog ni menunjukkan bahawa, jika kita mempunyai suatu kuasa dan mampu merubah sesuatu keadaan, maka ia akan menjadi bala jika kita menyalahgunakan kuasa yang ada. Mesej menyeru orang Melayu agar jangan salah gunakan kuasa
yang kita ada selama ini.


34.”Tok Moh.. apa punca penyakit tuan puteri ni?” “ Kurang Vitamin C : Situasi perbomohan yang  ditunjukkan oleh filem ini mempunyai nilai paling estetik bagi saya.


35.Tidak dinafikan apa apa jua penyakit yang datang, tok bomoh la… yang akan dicari dulu sememangnya kita masih mudah mempercayai ilmu ilmu mistik traditional Melayu yang telah sebati dengan darah bangsa kita, tetapi Teuku Zakaria menyelitkan unsur perubatan moden dalam kaedah traditional perbomohan dengan menyatakan punca tersebut datang dari kurangnya Vitamin C! Pernahkah tuan tuan berjumpa bomoh dan nyatakan bahawa penyakit tuan berpunca dari kurangnya Vitamin C? bukan di sampuk hantu jepun artikel lepas? Hihihiihi ?


36.Menerusi Filem PENDEKAR BUJANG LAPOK 1961, (sudah 52 tahun) “Pak Abu.. ni huruf apa? Yang ini JIM.. ada satu mata di bawah.. yang ini matanya di atas.. apa kah dia?” oooooo itu pakcik tau tu… itu huruf M… Itu bukan huruf M, tu huruf Ha (hahahahahahahah)


37.Hakikat bangsa Melayu itu (huruf M) sememangnya suka gelakkan orang lain jika ada sesuatu kesilapan yag dibuat. Garapan sikap bangsa Melayu yang suka mengejek (realiti) orang yang mahu belajar memperlihatkan pada waktu itu ilmu pengetahuan adalah amat daif dikalangan bangsa kita.


38.Beliau mengkaji fenomena dan masalah buta huruf dalam kalangan bangsa Melayu ketika itu walaupun sewaktu ingin menuntut ilmu pendekar, namun akhirnya mereka terpaksa belajar mengenal 
 huruf setelah gagal menulis mantera yang diajar oleh Pendekar Mustar.


39.Kerana kegersangan ilmu, maka penduduk di kampung Pinang Sebatang menderita ditindas sekumpulan samseng (Ahmad Nesfu / Syarif Dol / A.Rahim) yang memonopoli perusahaan perahu yang menjadi pengangkutan awam untuk menyeberangi ke dunia luar.


40.Itu baru menuntut ilmu pendekar.. jika sekarang ini ingin menuntut ilmu seperti itu.. berapa ramai anak Melayu kita gagal dalam tulisan jawi kitab?


41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…


42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.


43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.


44.Filem ANAKKU SAZALI 1956 (sudah 58 tahun)…Panjang lagi nak ulas tapi saya pendekkan kepada mesej sahaja. Yang Penting tuan tuan pembaca sekalian sudah hafal cerita cerita Teuku Zakaria ni… ok… sekarang.


45.Mesej yang disampaikan kepada kita ialah, sifat seorang anak yang dimanjakan sangat sangat akhirnya memakan bapanya sendiri. Kegagalan institusi keluarga Melayu khususnya zaman sekarang ini menampakkan apa yang Teuku Zakaria terjemahkan di dalam filem ini telah berlaku. Ramai kan? Anak muda kita keras kepala? Kurang ajar? Samseng? Biadap?


46.Bapak yang bersalah di atas hal ini, hehehe.. jika dahulu bapak tampar Sazali begini,, tentu Sazali tidak akan jadi begini, tapi sekarang Sazali sudah besar.”


47.Filem 3 ABDUL 1964 (sudah 49 tahun. “Dunia dunia… meniaga orang lebih untung dari meniaga unta..” WOW…Di dalam scenario ini memperlihatkan bahawa, suatu individu yang kaya, mampu membeli apa sahaja


48.Jika ber wang.. dan satu manusia yang lain boleh berjual beli hamba mengikut harga yang dia suka. Nampak jelas bahawa, sesuatu bangsa itu jika cerdik tetapi tamak dalam tindakan akan menyebabkan maruah dan harga diri tergadai.


49.Malah akan di permainkan dan di perkotak katikkan dalam urusan dunia jika maruah tergadai. Mesejnya jelas supaya jangan tergadai walau bijak berpolitik, kerana tamak, tuan tuan mungkin tergadai tanpa di sedari.


50.Filem MADU 3 1964 (sudah 49 tahun)…“Emmm… bapak.. baik betul tuan Jamil tu ya…”, “Ya.. baik…. Baik ada makna tu…” Hehehe Tuan Jamil… watak pandai berbini, penuh dengan tipu helah dan dapat support dari pak mertua bini tua.


51.Bagaimana taktik muka manis dan lemah lembut tutur bicara mencairkan hati seniwati Sarimah.


52.Bagaimana Teuku Zakaria memperlihatkan budaya lemah lembut Melayu itu dalam tuturkata bagi memikat hati Sarimah, dan bagi orang tua seperti watak ayah Sarimah itu dapat membaca isi hati tersirat dari Tuan Jamil.


53.Memperlihatkan betapa tingginya nilai budaya Melayu itu penuh dengan sopan dan berlapik dalam menzahirkan hasrat di dalam hati.


54.Filem LABU LABI 1962 (sudah 51 tahun) : Er.. labu labu….agak agak laa kan.. ko nak jadi apa laa…” “Emm.. kalu aku laa.. aku nak jadi tarzan…


55.Mesej yang disampaikan memperlihatkan kedua orang gaji Hj Bakhil ini kuat berangan angan, nak jadi itu dan ini dan akhirnya semua gagal.


56.Teuku Zakaria menyindir pemikiran orang Melayu yang suka sangat berangan angan dari dulu hingga sekarang dan tidak mahu berusaha menjadikan ia realiti. Sepadanlah dengan peribahasa angan angan Mat Jenin.


57.Ia cuba membuka minda Melayu agar berusaha dan jangan berangan angan walaupun susah dan janganlah hanya bergantung harap kepada keselesaan yang kita sedia ada sekarang ini kerana keselesaan ini mungkin akan hilang suatu hari nanti.


58.Hm…. Rasa rasa ulasan ni yang terakhir untuk saya kupaskan tentang pemikiran mendahului zaman Teuku Zakaria.. Tak larat nak open dvd dah…kaji setiap satu dialog..hihihihi. Filem terakhir untuk di kupas ialah filem : NUJUM PAK BELALANG 1959 (sudah 54 tahun).


59.Dialognya begini : Bagitau rakyat jelata… Kita beroleh kemenangan yang ke EMPAT (3+1)… Babak menunjukkan rakyat berpesta apabila skorbod kemenangan Negara Beringin Rendang berubah dari nombor satu kepada dua kepada tiga.


60.Memperlihatkan seolah olah rakyat pandai mengira matematik tetapi hakikatnya apabila skorbod keluar nombor 3+1…? Kelihatan rakyat membilang jari jari dan menggaru kepala lantas bersorak tanpa usul periksa asalkan kemenangan telah terhasil.


61.Satu fenomena kemenangan yang tidak dijangka tetapi kerana sifat nombor itu gagal diterjemah , maka rakyat hanya tahu melompat kegembiraan.


62.Beliau mengkritik kelemahan bangsa Melayu itu di dalam matematik dan hanya tahu bersorak kegembiraan sahaja. Beliau menjelaskan secara terang tentang lemahnya matematik dikalangan orang Melayu sejak 54 tahun yang lalu yang memerlukan satu perubahan paradigma dalam membudayakan matematik sebagai satu subjek pilihan Melayu.


KESIMPULANNYA :


 Adalah wajar gaya pemikiran dan kecenderungan Allahyarham sewaktu berkarya dikaji dan didedahkan kepada umum? Selain silent reader termasuklah para pengkaji patriotisme alam Melayu, kajian itu juga boleh dimanfaatkan oleh para forumer blog SangMelayu khususnya orang Melayu Islam.


 Mesej 20 filem di atas adalah antara yang sempat saya kaji dan fahami maksudnya. Walaupun ada lagi filem yang menyimpan soal patriotisme Melayu di dalam penceritaannya, maaflah saya tidak dapat habiskan semua.


Maklumlah artikel ni pun dah panjang sangat, letih pula forumer nak baca dan kaji.
Namun begitu Allahyarham telah mengajar kita erti sebenar bangsa Melayu itu. Nilai nilai estetika yang diserapkan dan di siratkan dalam filem sebenarnya mengajak kita untuk berfikir siapakah kita sebenarnya. Di mana letaknya kedudukan bangsa kita di negara tercinta ini.


Bila masanya untuk kita bangkit… Apa sebenarnya yang tersembunyi dalam jati diri kita… siapa ketua kita sebenarnya…dan bagaimana nasib bangsa kita selepas ini.


 Satu pertemuan bermakna antara dunia mistik dan military. Serta saya melihat wadah perjuangan bangsa kita bukan hanya terletak pada military sahaja tetapi jatidiri bangsa itu sendiri yang akan menjadi tulang belakang kestabilan negara.


Akhir kata dari Admin yang dipetik dari kata-kata pahlawan melayu Hang Tuah " TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA "


Tag:3gp/mp3/mp4/anak/melayu/




















No comments:

Post a Comment