Selamat Datang!


Tuesday, January 8, 2013

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU

1. Selamat bertemu kembali


2. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated.


3. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa.
4. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.


5. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR YANG LANGKA.


6. Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.


7. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.
SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN


8. Saya bukanlah pakar hadis.


9. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini satu hari nanti.


10.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?


11.Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :
“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”


12. Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?
NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.


13.Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.


14.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.


15.Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.


16.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.


17.Padinya berbuahkan emas.




18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.


19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.


20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.


21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.


22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.


23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.
PYRAMID MELAYU


24.Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu.


25.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.


26.Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.


27.Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut.


28.Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.


29.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya.


30.Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.


31.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.
32.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu.


33.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.
TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL
“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)


34.Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.


35.Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.


36.Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?


37.Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?


38.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.


39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.


40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.


41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.


42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.


43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.


44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)
45.Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.
PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA


46.Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA.


47.Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.


48.Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.


50.Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.


51.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.


52.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.
PYRAMID-PYRAMID LAIN


53.Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam Sarawak atau Sabah.


54.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus.


55.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.
BESI ANEH


56.Kalau tidak salah saya tidak berapa dahulu di sebelah utara Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian tentang sebuah kawah hentaman meteor.


57.Yang anek sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam keadaan baik dan sempurna.


58.Aneh sekali kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear.
59.Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?


60.Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.


61.Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan ……



disini mesti semua tertanya2 kalau betulah ada piramid ni mana gambarnya?? hehe mengikut apa yang saya tahu lokasi piramid ni dekat pahang dan dikawal rapi oleh GDK... woww  nah ni gambar dia.. allahu alam la tapi mengikut sumber yang dipercayai memang ni lah piramid tu lokasi berdekatan dengan kawasan janda baik hmmm...

 Peta lokasi piramid di malaysia.. terdapat 4 piramid di Malaysia 2 di pahang 1 di terengganu berdekatan dengan bera/chini.. dan 1 lagi di sarawak di banjaran tahan..


Lokasi: Janda baik, Pahang

 
 Hmmmm...permandangan yang indah bukan.. japp oppss cuba perhatikan gunung belah kanan tu.. terlalu sempurna simetrinya.. seakan2 piramid bukan?


 ni gambaran yang lebih dekat...
Lokasi: tidak diketahui berdekatan dengan tasik berada di Terengganu




sekali lagi permandangan yang indah buikan?? tetapi ini bukanlah di malaysia tetapi di indonesia..

masih lagi di indonesia...


perhatikan lukisan ini dan bandingkan dengan gambar di bawah...




tadaaaaa...! 
lokasi: Padang,Indonesia
Tiada apa yang mustahil jika kita rajin mengkaji..

credit to Jamtulenmurah :)







24 comments:

  1. Replies
    1. boleh takde masalah.. jangan lupa credit title ye.. :)

      Delete
  2. itu bukan hadis sahih.. takda sanad

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu admin tak pasti mungkin raja2 pasai dulu mazhab lain..

      Delete
    2. wallahua'lam...Tuhan dan RasulNya yg maha mengetahui...kalau bersumberkan alam wali2 kite...yg dikisahkn dlm hikayat raja pasai itu sahih...Panji Hitam nanti akan tercetus di Tanah Melayu kt...x pecaya...??

      Delete
  3. Bukit yang di terangganu tu dimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti lokasi dirahsiakan tapi memang dekat terengganu bersebelahan tasik..

      Delete
    2. yg dekat terengganu tu sy pernah pergi...berdekatan kawasan tu ada balai cerap..x tau balai cerap tu dibuka kpd org awam ke tak...tp klu naik kat balai cerap tu,mmg pemandangan nampak lebih jelas..

      Delete
  4. ni entry kopipes dari blog shah paskal nih!!
    takde kredit utk shah paskal ke admin blog ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde sebab sumber ni bukan diambil dari situ.. :)

      Delete
    2. sekurang-kurangnya anda dah tahu siapa penulis asal kisah piramid ni.

      Delete
    3. yup kronologi cerita mmg dr blog Shah Paskal.. http://militaryofmalaysia.net/2012/09/pendedahan-eksklusif-piramid-melayu/

      Delete
  5. Harus dibuktikan seperti pyramid sun di bosnia

    ReplyDelete
  6. PERISTIWA-PERISTIWA DAHULU YANG WAJIB DIHALUSI.

    1. Iskandar Zulkarnaen bersama Khidir dan 1000 tentera berkuda (kuda betina perawan) mencari air Ainul Hayat atau Air Kehidupan di daratan paling akhir dunia di satu lembah bawah gunung yang gelap dan berkabus di puncaknya, matahari seolah-olah terbit berhampiran lembah gunung tersebut.

    GUNUNG TAHAN.

    2. Nabi Sulaiman AS mengarahkan Ophir putera baginda mencari emas. Ophir menakan gunung tempat beliau melombong emas sebagai MOUNT OPHIR.

    GUNUNG LEDANG.

    3. Nabi Daud mengarahkan cucunya Hiram atau Iram putera Sulaiman mencari besi dan Sulaiman AS turut meminta Iram mencari batu kristal untuk dibuat lantai istana.

    Iram mendirikan pembandaran lengkap di kawasan tempat beliau melombong besi dan batu kristal sebagai KOTA IRAM atau KATTARAM dan Gunungnya pula dinamakan JERAIRAM.

    BATU KRISTAL LANGKAWI. GUNUNG JERAI DAN KEDAH TUA.

    PERHATIKAN SEHALUS-HALUSNYA.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. KESALAHTAFSIRAN TAHAP ICU.

    1. Benarkah Kaum Mala-Ur atau Melayu berasal dari keturunan Bani Israel yang Hilang?

    Jawapan: Tidak benar, kaum Mala telah wujud sejak zaman Nabi Idris AS.

    2. Benarkah Kaum Mala-Ur atau Melayu bersalasilah dengan keturunan Qenturah, isteri Nabi Ibrahim yg Ke 3?

    Jawapan: Tidak benar, menurut Al Quran isteri Nabi Ibrahim AS cuma 2 orang iaitu Siti Sarah dan Siti Hajjar.

    3. Benarkah Agama Asal Kaum Mala-Ur atau Melayu adalah Buddha dan kemudiannya Hindu?

    Jawapan: Tidak benar agama awal kaum Mala adalah Agama Hanif, Ajaran Ibrahim dari jurai Ismail AS dan berkait rapat dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnaen.

    4. Benarkah penemuan arkeologi di Lembah Bujang dan Sungai Batu, Kedah adalah monumen Candi yg bersangkut paut dng Agama Hindu?

    Jawapan: Sama sekali tidak benar, peninggalan monumen di Lembah Bujang bukan candi dan tiada langsung hubung kaitnya dengan usur Buddha maupun Hindu. Sebenarnya peninggalan tersebut adalah kolam santai di Raja, takungan air, gazebo, tapak istana utama dan istana hinggap.

    5. Benarkah Bahasa dan Budaya kaum Mala-Ur banyak dipengaruhi Bahasa dan Budaya Sanskrit?

    Jawapan: Tidak benar, bahasa kaum Mala adalah bahasa campuran Indo-Irania, Indo-Arya dan Austronesia. Induk bahasa Sanskrit juga adalah bahasa Indo-Irania, Arya, Hebrew dan Ibrani.

    6. Adakah kaum Jawa, Minang, Bugis, Banjar dan beratus-ratus lagi bangsa Mala di seluruh Alam Melayu juga tergolong dalam kelompok atau rumpun Melayu?

    Jawapan: Kaum kaum tersebut tergolong dalam kelompok Malayo Polinesia yang berbahasa Austronesia.

    7. Kenapa Bahasa dan Budaya Jawa banyak dipengaruhi pengaruh Hindu dan Buddha?

    Jawapan: Sejak dari awalnya kaum Jawa memang menolak Mala-UR, kerana mereka menganut agama Buddha dan kemudiannya Hindu. Manakala bahasa dan budaya mereka juga dipengaruhi bahasa dan budaya Hindu dan Buddha. Terutamanya dalam berbudaya seperti Tarian Jawa, Kuda Lumping, Menahora, Wayang Kulit dll.

    8. Kenapa nama-nama masyarakat Jawa di Indonesia bertentangan dengan nama-nama yang disarankan Islam?

    Jawapan: Masyarakat Jawa sememangnya amat kental dengan pengaruh Hindu dan Buddha, sebab itu nama kebanyakkan kaum Jawa tidak menampakkan ciri-ciri nama yang disarankan islam, walau mereka telah menerima islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, berkaitan soalan no. 2, jawapan tidak boleh disangkal lagi bila tertulis dlm Al Quraan, tapi saya nak tanya kenapa ada tempat di viatnam bernama Qenturah.

      Delete
  8. KEBODOHSANGAPAN DAN KEBAHLULLIKULLAN PARA ARKEOLOGIS ISLAM MENGENEPIKAN AYAT-AYAT ALLAH.

    Kita umat Islam sering keliru dan terpedaya dengan kajian dan tulisan KAFIRUN LAKNATULLAH terutamanya tentang MANUSIA dan KEHIDUPAN.

    Perhatikan bagimana sebilangan besar umat Islam diputarbelitkan dengan kajian mereka tentang Nabi Allah Adam AS. Menurut Al Quran Adam adalah manusia pertama dijadikan Allah dan sejak diturunkan ke dunia hingga ke hari diperkirakan hanya sekitar 10 ribu tahun. Dari pengiraan bagaimana pula mereka perkirakan terdapatnya penemuan fosil manusia berumur lebih dari 70 ribu tahun, malah beratus ribu tahun dsbnya?

    Begitu juga dengan pembohongan mereka tentang bilangan isteri-isteri Nabi Ibrahim AS, menurut Al Quran Nabi Ibrahim hanya mempunyai 2 isteri iaitu SITI SARAH dan SITI HAJJAR. Dari alam ghaib mana pula wujudnya isteri ke 3 baginda?

    Apa tah lagi bila membincangkan tentang Ismailiat dan Israeliat. Adalah amat tidak wajar sama sekali menjejak Islam dan Melayu dari Jurai Ishak AS, memandangkan Nabi-Nabi dari jurai Ishak AS hanya diutuskan buat BANI ISRAEL, yang wajarnya menjejak Islam dan Melayu harus bermula dari JURAI ISMAIL AS.

    Persoalanya apa saja berita yang bertentangan dengan Al Quran dan Islam ITULAH YANG DIPERCAYAI DAN DIPERAKUI BETUL OLEH SEBILANGAN BESAR UMAT ISLAM.

    ReplyDelete
  9. INILAH YANG NYATA. INILAH YANG BENAR.

    MENJEJAK MALA-UR/MELAYU HARUS BERMULA DARI LANGKAH ISLAM.

    Muhammad Rasulallah SAW adalah pelengkap dan penutup AGAMA HANIF, AGAMA ISLAM merupakan matlamat akhir kenabian Adam AS yang diturunkan pada Nabi Syits AS, Idris AS, Nuh AS, Hud AS, Ibrahim AS dan Ismail AS.

    Amat tidak wajar menjejejak Islam dan Melayu menerusi jurai Ishak AS.Nabi-Nabi yang diturunkan dari jurai Ishak AS hanya dikhusus buat Bani Israel.

    Nabi Ismail AS dikurniakan 12 putera dan 1 puteri, SAKA dan BAKA dari putera-putera serta puteri Ismail AS ramai bermukim di Pathoni, Kedah Tua dan Campa serta berhubung rapat dengan keunggulan Raja Agung Iskandar Zulkarnaen.

    Menurut Kitab Tarikh Al Hukama, Sami bin Abdullah Al Makhluth, Ibnu Kathir dll berlandaskan Al Quran menyebut: TAMADUN MANUSIA BERMULA DARI NABI IDRIS AS baginda dilahirkan di MUnaf/Memphis dan digelar HurMUS Al Haramisah, baginda diutus buat kaum Nabi Syits AS keturunan Qabil, putera Adam AS.

    Di zaman Idris AS kaum Syits AS digelar kaum HurMUS atau MU atau di kalangan kafirun laknatullah dikenali sebagai kaum LeMUria.

    Nabi Idris AS dikurniakan dengan berbagai-bagai kemahiran dan kepandaian antaranya mahir mengukir segala jenis batu permata, mengira, menulis, melukis, mengukur, menjahit, berfalsafah dan yang paling utama berpengetahuan tinggi dalam ilmu astronomi atau kebintangan.

    Di zaman baginda telah terdapat 72 pecahan kaum dan bahasa serta telah menggambarkan 188 buah kota di atas lempeng tanah liat dan logam.

    Baginda Idris AS juga bertanggung jawab menabalkan 4 Raja di 4 penjuru dunia dengan 4 perbezaan cuaca dan bentuk muka bumi, setiap penjuru terdapat 4 perbezaan dataran: Dataran Bawah, Dataran Atas, Dataran Bukit dan Dataran Tinggi.

    Kaum MU penghuni dataran bawah di 4 penjuru dunia bertukar menjadi angkuh, sombong, bongkak, takbur, mungkar dan kufur setelah diajarkan berbagai ilmu oleh baginda Idris AS berkesudahan dibinasakan Allah dengan banjir besar di zaman Nuh AS.

    Bermula dari kejadian tersebut maka terpisahlah 72 kaum dengan 72 asas bahasa diberpuluh ribu pulau, tanah besar dan benua benua antaranya KAUM DATARAN BUKIT atau KAUM MALA terpisah diberbelas ribu pulau dan tanah besar dengan asas bahasa yang dipanggil bahasa SELATAN atau AUSTRONESIA.

    Kaum Mala menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM yang disebarkan oleh penutur bahasa INDO-IRANIAN dan INDO-ARYAN dari jurai Ismail AS melalui Jalan Sutera yang dikatakan berhubung rapat dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnaen.

    Bahasa campuran Austronesia, Indo-Iranian dan Indo-Aryan dijadikan bahasa rasmi kaum Mala begitu juga dengan tulisan Pallawa yang berasal dari Persia dan Pahlavi turut dijadikam tulisan rasmi kaum Mala.

    Kaum Mala yang Menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM digelar MALA-UR (UR adalah nama negara kelahiran Nabi Allah Ibrahim AS) kemudian dikenali sebagai MELAYU.

    Di zaman keagungan Kerajaan MELAYU SRIWIJAYA yang menguasai seluruh alam Melayu yang kini bernama Indonesia, Malaysia, Selatan Siam, Seltan Filipina, Selatan Funan, Selatan Kambodia dan Selatan Campa (Austronesia brmaksud SELATAN) CINA dan INDIA layaknya cuma berdagang dengan KERAJAAN AGUNG MALA-UR.

    MELAYU, SATU BANGSA AGUNG YANG SEANGKATAN DENGAN LEMURIA, ATLANTIS, MAYAN, MAYA, SEMURIA, IRANIA, ARYA DLL.

    KEMBALIKAN KEAGUNGAN MELAYU!!!

    ReplyDelete
  10. TINDAKKAN YANG PALING WAJAR TERHADAP PARA PROFESSOR YG ADA DIANTARANYA MENDAPAT DARJAT DATO', PHD DSB DIATAS KERAKUSAN MEREKA MENOLAK KEBENARAN AL QURAN.

    Langkah 1: Lucutkan segala bentuk jawatan dan anuhearah yang telah diberikan.

    Langkah 2: Seksa mereka hidup- hidup dengan menghiris setiap inci daging mereka dari kaki hingga kepala kemudian curahkan perahan limau nipis pada setiap hirisan.

    Langkah 3: Kisar lumat segala anggota tubuh mereka.

    Amin.

    ReplyDelete
  11. TINDAKKAN YANG PALING WAJAR TERHADAP PARA PROFESSOR YG ADA DIANTARANYA MENDAPAT DARJAT DATO', PHD DSB DIATAS KERAKUSAN MEREKA MENOLAK KEBENARAN AL QURAN.

    Langkah 1: Lucutkan segala bentuk jawatan dan anuhearah yang telah diberikan.

    Langkah 2: Seksa mereka hidup- hidup dengan menghiris setiap inci daging mereka dari kaki hingga kepala kemudian curahkan perahan limau nipis pada setiap hirisan.

    Langkah 3: Kisar lumat segala anggota tubuh mereka.

    Amin.

    ReplyDelete
  12. KEBODOHSANGAPAN DAN KEBAHLULLIKULLAN PARA ARKEOLOGIS ISLAM MENGENEPIKAN AYAT-AYAT ALLAH.

    Kita umat Islam sering keliru dan terpedaya dengan kajian dan tulisan KAFIRUN LAKNATULLAH terutamanya tentang MANUSIA dan KEHIDUPAN.

    Perhatikan bagimana sebilangan besar umat Islam diputarbelitkan dengan kajian mereka tentang Nabi Allah Adam AS. Menurut Al Quran Adam adalah manusia pertama dijadikan Allah dan sejak diturunkan ke dunia hingga ke hari diperkirakan hanya sekitar 10 ribu tahun. Dari pengiraan bagaimana pula mereka perkirakan terdapatnya penemuan fosil manusia berumur lebih dari 70 ribu tahun, malah beratus ribu tahun dsbnya?

    Begitu juga dengan pembohongan mereka tentang bilangan isteri-isteri Nabi Ibrahim AS, menurut Al Quran Nabi Ibrahim hanya mempunyai 2 isteri iaitu SITI SARAH dan SITI HAJJAR. Dari alam ghaib mana pula wujudnya isteri ke 3 baginda?

    Apa tah lagi bila membincangkan tentang Ismailiat dan Israeliat. Adalah amat tidak wajar sama sekali menjejak Islam dan Melayu dari Jurai Ishak AS, memandangkan Nabi-Nabi dari jurai Ishak AS hanya diutuskan buat BANI ISRAEL, yang wajarnya menjejak Islam dan Melayu harus bermula dari JURAI ISMAIL AS.

    Persoalanya apa saja berita yang bertentangan dengan Al Quran dan Islam ITULAH YANG DIPERCAYAI DAN DIPERAKUI BETUL OLEH SEBILANGAN BESAR UMAT ISLAM.

    ReplyDelete
  13. KESALAHTAFSIRAN TAHAP ICU.

    1. Benarkah Kaum Mala-Ur atau Melayu berasal dari keturunan Bani Israel yang Hilang?

    Jawapan: Tidak benar, kaum Mala telah wujud sejak zaman Nabi Idris AS.

    2. Benarkah Kaum Mala-Ur atau Melayu bersalasilah dengan keturunan Qenturah, isteri Nabi Ibrahim yg Ke 3?

    Jawapan: Tidak benar, menurut Al Quran isteri Nabi Ibrahim AS cuma 2 orang iaitu Siti Sarah dan Siti Hajjar.

    3. Benarkah Agama Asal Kaum Mala-Ur atau Melayu adalah Buddha dan kemudiannya Hindu?

    Jawapan: Tidak benar agama awal kaum Mala adalah Agama Hanif, Ajaran Ibrahim dari jurai Ismail AS dan berkait rapat dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnaen.

    4. Benarkah penemuan arkeologi di Lembah Bujang dan Sungai Batu, Kedah adalah monumen Candi yg bersangkut paut dng Agama Hindu?

    Jawapan: Sama sekali tidak benar, peninggalan monumen di Lembah Bujang bukan candi dan tiada langsung hubung kaitnya dengan usur Buddha maupun Hindu. Sebenarnya peninggalan tersebut adalah kolam santai di Raja, takungan air, gazebo, tapak istana utama dan istana hinggap.

    5. Benarkah Bahasa dan Budaya kaum Mala-Ur banyak dipengaruhi Bahasa dan Budaya Sanskrit?

    Jawapan: Tidak benar, bahasa kaum Mala adalah bahasa campuran Indo-Irania, Indo-Arya dan Austronesia. Induk bahasa Sanskrit juga adalah bahasa Indo-Irania, Arya, Hebrew dan Ibrani.

    6. Adakah kaum Jawa, Minang, Bugis, Banjar dan beratus-ratus lagi bangsa Mala di seluruh Alam Melayu juga tergolong dalam kelompok atau rumpun Melayu?

    Jawapan: Kaum kaum tersebut tergolong dalam kelompok Malayo Polinesia yang berbahasa Austronesia.

    7. Kenapa Bahasa dan Budaya Jawa banyak dipengaruhi pengaruh Hindu dan Buddha?

    Jawapan: Sejak dari awalnya kaum Jawa memang menolak Mala-UR, kerana mereka menganut agama Buddha dan kemudiannya Hindu. Manakala bahasa dan budaya mereka juga dipengaruhi bahasa dan budaya Hindu dan Buddha. Terutamanya dalam berbudaya seperti Tarian Jawa, Kuda Lumping, Menahora, Wayang Kulit dll.

    8. Kenapa nama-nama masyarakat Jawa di Indonesia bertentangan dengan nama-nama yang disarankan Islam?

    Jawapan: Masyarakat Jawa sememangnya amat kental dengan pengaruh Hindu dan Buddha, sebab itu nama kebanyakkan kaum Jawa tidak menampakkan ciri-ciri nama yang disarankan islam, walau mereka telah menerima islam.

    ReplyDelete
  14. kota gelanggi -
    tasik cili -
    endau rompin -
    gunung santubong -
    gunung ledang -
    tanjung tuan melaka -
    pulau besar - udas
    gunung jerai-

    semua ada pintu travel time.

    segitiga bermuda pun berbentuk peramid .. sekarang piramid tersebut telah masuk berubah rubah desinasinya..kini berada di nusantara am kepulauan melayu .. Us ( amerika ) sedang mencari demensi ke 4 ini .. maybe perkaitan ada jua dgn kapal terbang yg hilang tu ... dah banyak kejadian pelik berlaku di kepulaun melayu... di sebbkan kesombongan dan tidak pernah bersyukur... lihat politik pun dah tahu... maybe jua demensi ke 4 ini akan adakan raja yg benar yg menguasai ilmu TAUHID .. dan raja yg mengenal ALLAH SWT ... order dah hampir tiba... next generation human can be see n see ... who the power... ini the world.

    ReplyDelete