Selamat Datang!


Monday, June 3, 2013

Misteri dan Sejarah Batu Putih (Bukan Pulau batu putih ye..)




Batu Putih adalah sebuah kampung melayu yang terletak di sebelah kanan jalan dari Simpang Lima ke Parit Sulong. Seluas lebih kurang setengah ekar. Tumbuh bertaburan warna batu itu putih berkilau-kilauan beserta tiap-tiap sebuah batu lebih kurang dibandingkan dengan gajah. Dua ekor gajah sama sebuah batu. Tingginya lebih kurang ada yang dua depa dan yang ada kurang dari itu. Tetapi pada masa sekarang batu itu berwarna kelabu tidak seperti dulukala.





 

 Kampung batu putih ini diteroka oleh beberapa orang yang datang dari Jawa Tengah yang diketuai oleh Haji Sanawi pada tahun 1876. Diteroka dari tepi sungai Simpang Kiri hingga jejak ke Parit Kuda tengah Mukim 1, Lubuk. Pada mulanya kampung ini hendak dinamakan kampung Parit Haji Sanawi tetapi oleh kerana terjumpanya batu tersebut sebulat suara menamakan kampung Batu Putih hinggalah sekarang.

Batu-batu yang pecah di sekeliling batu besar tidak boleh diambil sembarangan. Barangsiapa yang mengambilnya terpaksa terkena pulangkan. Ini telah berlaku beberapa orang yang mengambilnya terpaksalah memulangkan semula ke tempat asal mereka mengambilnya kerana malam tidak dapat tidur badanya terlalu panas seperti ada orang yang mengacaunya.

Pada tahun 1905, pada malam isnin, sedang beberapa orang penduduk situ mengadakan maulud di masjid tempat yang ada sekarang ini seorang daripadanya yang bernama Wak Naim telah ternampak di kawasan batu putih itu terbakar sebesar-besarnya api menjulang ke langit lebih kurang dua puluh depa tingginya. Yang menjadi anehnya orang – orang yang ada di dalam masjid itu tidak ternampak kawasan batu itu terbakar. Hanya Wak Naim seorang sahaja yang nampak. Tetapi apabila Wak Naim memegang tangan kawan-kawannya baharulah semua nampak. Pada keesokkan harinya ramai-ramai pergi mendapatkan(menghampiri) di kawasan batu putih itu untuk menyaksikan peristiwa malam tadi. Apabila dilihatnya di kawasan itu masing-masing tercengang-cengang kerana tidak ada pun ranting atau daun-daun kayu yang terbakar. Pokok-pokok kayu hidup seperti biasa.

 
 Batu putih yang penuh dengan misteri dan sejarah yang tersendiri..

 Pada Tahun 1924 berlaku satu lagi peristiwa iaitu angin puting beliung dari kawasan batu putih menuju bangunan masjid yang ada sekarang. Di lain-lain kawasan yang berdekatan tidak terjejas. Waktunya dalam pukul tiga petang.

Dengar cerita orang tua-tua situ mengatakan orang yang bertapa di Batu Putih telah keluar perkara ini memang berlaku. Setahu saya pada tiap-tiap awal muaharan hinggalah 10 muharam ada orang yang bertapa dalam tempoh 10 hari tetapi semenjak kebelakangan ini sudah tidak ada lagi.

 



Pada tahun 1958 berlaku satu lagi perkara ganjil iaitu seorang hamba Allah balik dari bekerja kebun berhenti penat di kawasan batu Putih lebih kurang dalam pukul 11 pagi ternampak beberapa pandangan aneh. Pada pandangan-pandangannya di kawasan Batu Putih itu seperti bandar. Ada beberapa buah kereta, lori, bas dan motosikal berjalan menuju hal dan masing ada orang menyidai kain, ada orang berjalan-jalan dan ada orang membeli belah hinggalah pukul satu tengahari. Isterinya menunggu-nunggu di rumah . Biasanya pukul 11 pagi sudah balik. Ini pukul satu belum lagi balik. Jiran-jiran sekeliling yang turut mencari di kebun tempat mereka bekerja pun tidak jumpa. Seorang hamba Allah bernama Mokhsin mengatakan tadi dalam pukul 11 beliau sudah balik lalu di belakang rumah saya. Apabila diturut di belakang rumah Mokhsin terjumpa hamba allah tersebut sedang duduk dengan memegang sebilah parang panjang. Kemudian di tanya oleh orang ramai “mengapa wak ada sini ?”. Jawabnya seperti yang dia nampak tadi.

Tidak berapa lama daripada berlakunya seperti yang di atas, pemuda tempatan tak payah di sebutkan namanya masa hendak pergi main bola tangkis di sebelah kampung tersebut lalu di jalan itu terdengar beberapa suara wanita berbual-bual dan ketawa mengilai-ngilai. Kemudian pemuda itu berhenti dan mengendap. Apabila dilihatnya beberapa wanita muda-muda belaka sedang mandi bersiram-siram antara satu sama lain. Kemudian pemuda tadi mengundurkan diri terus memberitahu kepada kawan-kawanya untuk menyaksikan kejadian yang berlaku. Apabila sampai ke tempat tersebut didapati tempat itu semak samun tidak ada sebarang bekas pun.

Dengar cerita dongeng, Batu Putih itu asalnya daripada Tanah Jawa. Dilemparkan oleh seorang wali ketempat tersebut kerana untuk menindihkan sebilah keris yang bernama Sitruku Mabtar (kalau tak silap eja lah). Keris ini menjadi rebutan oleh orang-orang Jawa. Kononnya barang siapa yang dapat menyimpan keris tersebut orang itu menjadi mulia hidupnya dan boleh memerintah. Dengar lagi satu cerita mengatakan keris tersebut telah dibawah oleh orang yang bertapa semasa kejadian ribut puting beliung berlaku.

Sekianlah sahaja.

Disediakan oleh
Haji Sulaiman Onn
01/01/1994

Note: Allahyarham Haji Sulaiman Bin Onn merupakan bekas Ketua Kampung Batu Putih.
 
 
 
p/s: kalau nak disenaraikan sejarah/lagenda/mitos/misteri alam melayu ni memang tak capai dek akal..
 
 
 
























Kes menggemparkan malaysia 4 Disember 1977 (kemalangan pesawat airlines malaysia)

 



Info Tragedi

* Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653
* Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
* Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
* Penumpang: 93 + (7krew)
* Kematian: 100 orang
* Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6
* Tarikh: 4 December 1977


Malaysia Airlines Penerbangan 653 (MH653), Boeing 737-2H6 pesawat udara yang didaftarkan sebagai 9M-mbd (dihantar September 1972 sebagai 9M-AQO), terhempas di Tanjung Kupang, Johor di Malaysia pada petang 4 Disember 1977. Ia dalah kemalangan maut yang dahsyat dan pertama bagi Malaysia Airlines, dengan semua 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh serta-merta. Penerbangan itu nampaknya dirampas sebaik sahaja ia mencapai ketinggian pelayaran. Keadaan di mana rampasan dan kemalangan berikutnya berlaku kekal tidak dapat diselesaikan.


 Rakaman suara kokpit menunjukkan bunyi pintu kokpit dilanggar di dalam, bersama-sama dengan jumlah yang berpatutan menjerit dan memaki. Tiada bunyi yang mendengar dari dalam kokpit untuk menunjukkan mana-mana daripada tiga penghuni sedar. Autopilot kemudiannya diputuskan, mungkin disebabkan kepada input padang oleh seseorang memasuki kokpit dan cuba untuk mengawal pesawat. Penyiasat spekulasi mendakwa seseorang ditarik pada ruang, menyebabkan padang diikuti oleh ayunan.

Pada jam 20:15, semua komunikasi dengan penerbangan MH653 telah hilang.
Pada jam 20:36, penduduk Kampong Ladang, Tanjong Kupang di Johor dilaporkan mendengar letupan dan melihat bangkai membakar dalam paya. Bangkai kemudiannya dikenalpasti sebagai Flight MH653. Pesawat melanda tanah pada sudut yang hampir menegak pada kelajuan yang sangat tinggi.

Beberapa spekulasi bahawa Tentera Merah Jepun adalah bertanggungjawab tetapi tiada bukti yang telah ditemui untuk menyokong teori tersebut. Ia kekal sebagai memori tragis di dalam sejarah penerbangan komersial di Malaysia, dan kematian yang dahsyat yang tidak dapat diselesaikan di dalam Malaysia.

Tragedi Tanjong kupang

 
 

Mari ikuti kisah ini.


 JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.

 Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan - pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!

Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.

Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.

Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.


Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.

Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.

Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.

Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.

Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.

Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.

Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan - di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan ‘bergoyangan’ dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.

Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.

Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.

Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.

Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.

Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.

Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.

Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.

Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.

p/s: Ramai yang tak tahu tentang tragedi ni.. apa-apa pun ini satu sejarah hitam buat negara admin rasa admin patut share dengan koraqng semua..
















Presiden Pertama Singapura, Orang Melayu



tak ke sama tu...hehe

Tahukah anda bahawa Presiden pertama Singapura, adalah Yusuf Bin Ishak.Dia juga satu-satunya presiden Singapura hingga sekarang yang keturunan Melayu. Dia lahir di Perak, pada 12 Ogos 1910.

Pada 3 Desember 1959 Yusuf Bin Ishak dilantik sebagai ang di-Pertuan Negara Singapura. Seiring dengan keluarnya Singapura dari Malaysia status beliau menjadi presiden negara kepulauan itu hingga 1970, beliau meninggal dunia. Wajahnya pun diabadikan pada wang kertas Singapura


sumber: MalaysiaSensasi

P.RAMLEE!!! SUPERMELAYU.... TOKOH MELAYU SEJATI..! (WAJIB BACA)

Assalamualaikum semua.. admin pasti kalau sebut je pasal P.Ramlee.. mesti ramai yang kenal terutama dikalangan orang melayu.. yelah.. siapa yang tak kenal dengan seniman agung ini.. walaupun semua hasil karya beliau sudah mejangkau usia hampir lebih daripada 40 tahun.. tapi dialog-dialog lucunya.. masih segar dalam ingatan kita sehingga kini.. admin sendiri pun tak pernah bosan dengan karya-karya beliau malah tengok berulang-ulang kali pun tetap rasa menarik...tapi tahukah anda? seniman ni pemikirannya menjangkaui zamannya... mari kita mulakan apa yang menarik tentang seniman agung ini...

p/s: Artikel kali ini agak panjang sedikit tapi apa salahnya membaca  demi mendapatkan maklumat yang berguna  yang selama ini tidak difikirkan oleh masyarakat..

 



“ Dengar sini kawan kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita, ya… memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua…harapan ku hanyalah, kita sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya… “ P.RAMLEE… (SARJAN HASSAN) 1958.



 1.Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim, jika disebut akan namanya ini, pasti ramai generasi muda kita tidak berapa kenal dengan nama agung ini, tapi jika disebut P.Ramle, dari tokwan sehinggalah ke cicit wan pon semua kenal akan insan agung teristimewa ini.


 2. Tentu para pembaca hairan, kenapa dan apakah sebabnya artikel ini ditulis. Apa kaitannya dengan blog SangMelayu ini?

3. Di sini tuan tuan pembaca sekalian, saya ingin mengajak tuan tuan semua mengkaji dan menilai setiap lakonan dan penceritaan seniman ini yang pada hemat saya kebanyakan penonton peminat P.Ramlee ini hanya untuk menonton dan menghiburkan diri sendiri atau keluarga.


4. Tetapi sedar atau tidak, seniman ini sebenarnya mengajar kita pelbagai erti rencah hidup yang sememangnya kita hadapi pada zaman sekarang ini. Apa yang tersurat dan tersirat dalam mesej yang disampaikan kepada kita khususnya bangsa Melayu telah lama di kaji oleh beliau dan terbukti pemikirannya ini mendahului zaman!


5. Pelbagai versi berkenaan dengan seniman ini telah di perkatakan oleh pelbagai peringkat dan komuniti. Namun ia tetap penuh misteri, mistik sehingga mengangkat insan ini terus di puja di sanjung hingga kini.


6. Perwatakan aneh, suara merdu, kata kata berfalsafah dan dicampur dengan unsur ketuhanan menyebabkan kadang kadang pemikirannya melepasi jangkauan pemikiran masyarakat ketika itu.


7. Ia memiliki segala galanya yang perlu ada bagi setiap insan kreatif dan bestari dan menggunakan kreativitinya untuk keperluan masyarakat.


8. Diiktiraf sebagai anak Melayu pemikir (Whole brain thinker) melalui kehebatannya berkarya dan telah membuktikan kebolehannya memimpin walau hanya di dalam filem.


9. OK, berbalik kepada pemikiran seniman ini yang mendahului zamannya, saya mulakan dengan filem SARJAN HASSAN 1958. Sudah 55 tahun rupanya filem ini. Petikan dialog di atas diucapkan 55 tahun yang lampau yang menyeru agar bangsa Melayu bersatu dan tidak menjadi tali barut penjajah.


10.Memang bangsa kita masih muda, tetapi kita jangan pedulikan itu semua. Mesej bersatu di utarakan dalam dialog ini.


11.Filem SENIMAN BUJANG LAPOK 1961 (sudah 52 tahun) dialog yang berbunyi begini : “Hoi, ini wayang gambar bikin ka? (sudin)..nama saja orang Melayu..budi bahasa pon tak tau..panggil orang hoi hoi hoi…
(jaga Singh)….. tengok banggali ni bahasakan kita laa,, memang betul apa dia cakap… panggil orang hoi hoi hoi, bahasa menunjukkan bangsa tau..(Ramlee)..”

12.Mesej yang cuba disampaikan ialah bagaimana bahasa itu mencerminkan suatu bangsa iaitu Melayu. Suatu bangsa yang unggul mempunyai bahasa dan tuturkata
yang amat sopan dan bererti. Saya juga merujuk kepada satu puisi mengenai bangsa Melayu iaitu “Melayu itu menegur pun ia sopan.”


13.Filem SEMERAH PADI 1956 (sudah 57 tahun) menceritakan sebuah negeri yang mendaulatkan undang undang islam dalam pemerintahannya. Arus pemikiran seniman ini berkonsepkan ketuhanan dan menerapkan budaya Melayu yang agak pekat dalam kehidupan seharian. Dialog…“Dari hidup bergelumang dosa, biar mati dijilat nuraka, Teruna mengeluh kesal di hadapan sahabatnya Aduka.


14.Dengan parang di atas kedua telapak tangannya, Teruna (P. Ramlee) menyerahkan nasibnya di tangan Aduka (Nordin Ahmad) ketika menyatakan pengakuannya; berzina bersama Dara. Mesej yang diutarakan ialah bagaimana adab sopan bangsa Melayu itu di jalinkan bersama kepatuhan beragama yang tinggi dan nilai kejujuran serta merendah diri bangsa di zahirkan dengan kekesalan melakukan satu dosa dan sedia menerima hukuman.


15.Zaman sekarang? Payah hendak jumpa orang yang mudah mengaku salah dan silapnya. Selagi boleh lawan, lawan la, peguam kan banyak.


16.Filem IBU, keluaran 1953 (Sudah 60 tahun) menceritakan seorang anak yang patuh pada ibunya dan guru muziknya tetapi gagal dalam hidupan akibat terpengaruh dengan wanita penghasut sehinggakan ibu dan gurunya sanggup berkorban demi menyantuni hati dan perasaan anaknya.


17.Mesej filem ini digarap baik oleh Teuku Zakaria sebagai satu filem yang menunjukkan budi bahasa orang Melayu yang diajar oleh keluarga sejak kecil iaitu menghormati seorang guru (Muzik) yang berjaya melatih anak muda itu sehingga berjaya.


18.Namun oleh kerana hanyut dalam dunia glamor dan pengaruh wanita, maka segala budi bahasa itu turut hanyut dan sehingga menderhaka pada ibu dan gurunya.


19.Apa yang hendak disampaikan ialah, pemikiran Teuku Zakaria ini telah dapat melihat dan membayangkan bahawa 60 tahun selepas filem ini, wujud betapa ramai anak muda Melayu kita yang derhaka pada keluarga dan sekarang ini ramai yang telah terpesong dalam hidup dan gagal menjadi anak yang berguna untuk negara.


 


20.Jika derkaha pada Sultan atau Pemerintah.. bagaimana pula?


21.Filem HANG TUAH keluaran tahun 1956 (sudah 58 tahun), filem Hang Tuah antara filem yang amat saya minati.


22.Dialog dialog yang penuh dengan patriotisme Melayu dan taat setia pada pemerintah serta dialog setia kawan antara 5 Hang bersaudara.


23.“Jika ku tau abang Tuah masih hidup, tidak akan ku lakukan semua ini bang Tuah…”, “Jebatkah yang bersalah? Atau aku kah?”, “ Ampun Tuanku.. Sembah Derhaka patik berikan.. Jika pacal Hang Tuah masih hidup.. apakah tuanku akan maafkannya?”


24.“Apa? Tuah masih hidup? Jika sebesar gunung sekalipun, beta akan maafkannya..” Betapa indahnya bahasa yang diguna walaupun dengan nada yang agak marah dan nada kekesalan dari watak watak tersebut. Garapan Teuku Zakaria pada dialog ini disertai dengan mainan emosi dan mimik muka berjaya menyampaikan mesej mesej berikut kepada bangsa Melayu kita…


25.Dialog pertama : dari Hang Jebat menyaksikan bahawa tindakan derhaka kepada pemerintah itu adalah bersebab tetapi kerana sebab itu datangnya dari fitnah, maka akibat yang harus ditanggung adalah besar.


26.Oleh itu wajarlah kita menyiasat apa jua berita yang datang agar tidak di pecah belahkan oleh musuh musuh kita. Kelak buruk padahnya.


27.Dialog kedua : penyesalan dari Hang Tuah kerana terlampau taat setianya kepada pemerintah, (zaman sekarang dipanggil arahan / perintah) maka saudara sendiri terkorban.


28.Jelas menunjukkan bahawa taat setia orang Melayu pada pemerintah sebenarnya bagai isi dengan kulit.


29.Menunjukkan sesungguhnya Melayu itu amat setia dan mengikut perintah serta mudah memberontak jika diganggu gugat.


30.Dialog seterusnya memperlihatkan bahawa, di atas taat setia rakyat kepada pemerintah, maka pemerintah juga sanggup memaafkan rakyat jika rakyat itu benar benar berkhidmat untuk negara dan memperlihatkan kuasa pemerintah itu adalah luas.


31.Maka seharusnya bagi bangsa Melayu itu sendiri khususnya, pemerintah adalah ketua bagi segala-galanya dan jika kita taat setia, tidak mustahil jasa jasa kita akan dihargai walaupun telah tiada.


32.Filem LAXMANA DO RE MI 1972 (sudah 41 tahun) merupakan filem terakhir Teuku Zakaria. Dialog : Wahai Bangsi hikmat.. kau butakanlah mata kedua dua kawanku..”


33.Dialog sewaktu 3 laxmana membawa pulang puteri kerajaan Pasir 2 butir. Mesej dialog ni menunjukkan bahawa, jika kita mempunyai suatu kuasa dan mampu merubah sesuatu keadaan, maka ia akan menjadi bala jika kita menyalahgunakan kuasa yang ada. Mesej menyeru orang Melayu agar jangan salah gunakan kuasa
yang kita ada selama ini.


34.”Tok Moh.. apa punca penyakit tuan puteri ni?” “ Kurang Vitamin C : Situasi perbomohan yang  ditunjukkan oleh filem ini mempunyai nilai paling estetik bagi saya.


35.Tidak dinafikan apa apa jua penyakit yang datang, tok bomoh la… yang akan dicari dulu sememangnya kita masih mudah mempercayai ilmu ilmu mistik traditional Melayu yang telah sebati dengan darah bangsa kita, tetapi Teuku Zakaria menyelitkan unsur perubatan moden dalam kaedah traditional perbomohan dengan menyatakan punca tersebut datang dari kurangnya Vitamin C! Pernahkah tuan tuan berjumpa bomoh dan nyatakan bahawa penyakit tuan berpunca dari kurangnya Vitamin C? bukan di sampuk hantu jepun artikel lepas? Hihihiihi ?


36.Menerusi Filem PENDEKAR BUJANG LAPOK 1961, (sudah 52 tahun) “Pak Abu.. ni huruf apa? Yang ini JIM.. ada satu mata di bawah.. yang ini matanya di atas.. apa kah dia?” oooooo itu pakcik tau tu… itu huruf M… Itu bukan huruf M, tu huruf Ha (hahahahahahahah)


37.Hakikat bangsa Melayu itu (huruf M) sememangnya suka gelakkan orang lain jika ada sesuatu kesilapan yag dibuat. Garapan sikap bangsa Melayu yang suka mengejek (realiti) orang yang mahu belajar memperlihatkan pada waktu itu ilmu pengetahuan adalah amat daif dikalangan bangsa kita.


38.Beliau mengkaji fenomena dan masalah buta huruf dalam kalangan bangsa Melayu ketika itu walaupun sewaktu ingin menuntut ilmu pendekar, namun akhirnya mereka terpaksa belajar mengenal 
 huruf setelah gagal menulis mantera yang diajar oleh Pendekar Mustar.


39.Kerana kegersangan ilmu, maka penduduk di kampung Pinang Sebatang menderita ditindas sekumpulan samseng (Ahmad Nesfu / Syarif Dol / A.Rahim) yang memonopoli perusahaan perahu yang menjadi pengangkutan awam untuk menyeberangi ke dunia luar.


40.Itu baru menuntut ilmu pendekar.. jika sekarang ini ingin menuntut ilmu seperti itu.. berapa ramai anak Melayu kita gagal dalam tulisan jawi kitab?


41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…


42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.


43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.


44.Filem ANAKKU SAZALI 1956 (sudah 58 tahun)…Panjang lagi nak ulas tapi saya pendekkan kepada mesej sahaja. Yang Penting tuan tuan pembaca sekalian sudah hafal cerita cerita Teuku Zakaria ni… ok… sekarang.


45.Mesej yang disampaikan kepada kita ialah, sifat seorang anak yang dimanjakan sangat sangat akhirnya memakan bapanya sendiri. Kegagalan institusi keluarga Melayu khususnya zaman sekarang ini menampakkan apa yang Teuku Zakaria terjemahkan di dalam filem ini telah berlaku. Ramai kan? Anak muda kita keras kepala? Kurang ajar? Samseng? Biadap?


46.Bapak yang bersalah di atas hal ini, hehehe.. jika dahulu bapak tampar Sazali begini,, tentu Sazali tidak akan jadi begini, tapi sekarang Sazali sudah besar.”


47.Filem 3 ABDUL 1964 (sudah 49 tahun. “Dunia dunia… meniaga orang lebih untung dari meniaga unta..” WOW…Di dalam scenario ini memperlihatkan bahawa, suatu individu yang kaya, mampu membeli apa sahaja


48.Jika ber wang.. dan satu manusia yang lain boleh berjual beli hamba mengikut harga yang dia suka. Nampak jelas bahawa, sesuatu bangsa itu jika cerdik tetapi tamak dalam tindakan akan menyebabkan maruah dan harga diri tergadai.


49.Malah akan di permainkan dan di perkotak katikkan dalam urusan dunia jika maruah tergadai. Mesejnya jelas supaya jangan tergadai walau bijak berpolitik, kerana tamak, tuan tuan mungkin tergadai tanpa di sedari.


50.Filem MADU 3 1964 (sudah 49 tahun)…“Emmm… bapak.. baik betul tuan Jamil tu ya…”, “Ya.. baik…. Baik ada makna tu…” Hehehe Tuan Jamil… watak pandai berbini, penuh dengan tipu helah dan dapat support dari pak mertua bini tua.


51.Bagaimana taktik muka manis dan lemah lembut tutur bicara mencairkan hati seniwati Sarimah.


52.Bagaimana Teuku Zakaria memperlihatkan budaya lemah lembut Melayu itu dalam tuturkata bagi memikat hati Sarimah, dan bagi orang tua seperti watak ayah Sarimah itu dapat membaca isi hati tersirat dari Tuan Jamil.


53.Memperlihatkan betapa tingginya nilai budaya Melayu itu penuh dengan sopan dan berlapik dalam menzahirkan hasrat di dalam hati.


54.Filem LABU LABI 1962 (sudah 51 tahun) : Er.. labu labu….agak agak laa kan.. ko nak jadi apa laa…” “Emm.. kalu aku laa.. aku nak jadi tarzan…


55.Mesej yang disampaikan memperlihatkan kedua orang gaji Hj Bakhil ini kuat berangan angan, nak jadi itu dan ini dan akhirnya semua gagal.


56.Teuku Zakaria menyindir pemikiran orang Melayu yang suka sangat berangan angan dari dulu hingga sekarang dan tidak mahu berusaha menjadikan ia realiti. Sepadanlah dengan peribahasa angan angan Mat Jenin.


57.Ia cuba membuka minda Melayu agar berusaha dan jangan berangan angan walaupun susah dan janganlah hanya bergantung harap kepada keselesaan yang kita sedia ada sekarang ini kerana keselesaan ini mungkin akan hilang suatu hari nanti.


58.Hm…. Rasa rasa ulasan ni yang terakhir untuk saya kupaskan tentang pemikiran mendahului zaman Teuku Zakaria.. Tak larat nak open dvd dah…kaji setiap satu dialog..hihihihi. Filem terakhir untuk di kupas ialah filem : NUJUM PAK BELALANG 1959 (sudah 54 tahun).


59.Dialognya begini : Bagitau rakyat jelata… Kita beroleh kemenangan yang ke EMPAT (3+1)… Babak menunjukkan rakyat berpesta apabila skorbod kemenangan Negara Beringin Rendang berubah dari nombor satu kepada dua kepada tiga.


60.Memperlihatkan seolah olah rakyat pandai mengira matematik tetapi hakikatnya apabila skorbod keluar nombor 3+1…? Kelihatan rakyat membilang jari jari dan menggaru kepala lantas bersorak tanpa usul periksa asalkan kemenangan telah terhasil.


61.Satu fenomena kemenangan yang tidak dijangka tetapi kerana sifat nombor itu gagal diterjemah , maka rakyat hanya tahu melompat kegembiraan.


62.Beliau mengkritik kelemahan bangsa Melayu itu di dalam matematik dan hanya tahu bersorak kegembiraan sahaja. Beliau menjelaskan secara terang tentang lemahnya matematik dikalangan orang Melayu sejak 54 tahun yang lalu yang memerlukan satu perubahan paradigma dalam membudayakan matematik sebagai satu subjek pilihan Melayu.


KESIMPULANNYA :


 Adalah wajar gaya pemikiran dan kecenderungan Allahyarham sewaktu berkarya dikaji dan didedahkan kepada umum? Selain silent reader termasuklah para pengkaji patriotisme alam Melayu, kajian itu juga boleh dimanfaatkan oleh para forumer blog SangMelayu khususnya orang Melayu Islam.


 Mesej 20 filem di atas adalah antara yang sempat saya kaji dan fahami maksudnya. Walaupun ada lagi filem yang menyimpan soal patriotisme Melayu di dalam penceritaannya, maaflah saya tidak dapat habiskan semua.


Maklumlah artikel ni pun dah panjang sangat, letih pula forumer nak baca dan kaji.
Namun begitu Allahyarham telah mengajar kita erti sebenar bangsa Melayu itu. Nilai nilai estetika yang diserapkan dan di siratkan dalam filem sebenarnya mengajak kita untuk berfikir siapakah kita sebenarnya. Di mana letaknya kedudukan bangsa kita di negara tercinta ini.


Bila masanya untuk kita bangkit… Apa sebenarnya yang tersembunyi dalam jati diri kita… siapa ketua kita sebenarnya…dan bagaimana nasib bangsa kita selepas ini.


 Satu pertemuan bermakna antara dunia mistik dan military. Serta saya melihat wadah perjuangan bangsa kita bukan hanya terletak pada military sahaja tetapi jatidiri bangsa itu sendiri yang akan menjadi tulang belakang kestabilan negara.


Akhir kata dari Admin yang dipetik dari kata-kata pahlawan melayu Hang Tuah " TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA "


Tag:3gp/mp3/mp4/anak/melayu/




















Friday, May 31, 2013

TULANG MANUSIA DALAM BINAAN JEPUN


1. Berikut merupakan gambar dan bukti bagaimana Jepun memasukkan mayat-mayat askar mereka sebagai bahan binaan.



2. Mengikut kepercayaan orang-orang Jepun, ruh askar-askar ini akan sentiasa berkhidmat sehingga ke akhir zaman untuk menjaga kepentingan empayar dan maharaja mereka.



serpihan tulang manusia dalam batu


 3. Sebagai orang Islam, kita dilarang mempercayai bahawa ada kuasa yang lebih besar dari Allah    yang akan membantu kita.


4. Ini bagaimanapun tidak bermakna bahawa kita harus menolak kewujudan makhluk-makhluk ghaib sedangkan banyak perkara yang bukan ghaib, kita masih lagi gagal cari dan kenal.





 5. Saya ingin tegaskan bahawa penggunaan perkataan “hantu” hanyalah sekadar hiburan dan saya yakin kebanyakkan pembaca di sini sudah pun mempunyai asas-asas keagamaan yang cukup dan tidak perlulah saya memberi syarahan terperinci mengenai jin, iblis, syaitan, orang bunian dan sebagainya.


6. Artikel ini dan sebelumnya bertujuan untuk mencambah ilmu di kalangan pembaca.


7. Jika ada pembaca yang tersesat, terpesong atau lari akidahnya ketika membaca artikel-artikel ini, bolehlah emel atau berjumpa dengan saya terus untuk mendapat penerangan yang lebih terperinci.


8. Saya bagaimanapun yakin, kebanyakkan kita sudah pun didewasa dan boleh berbincang dengan cara yang lebih matang.


NOTA PENULIS : SEMUA GAMBAR DI ATAS ADALAH DARI KAJIAN ARKEOLOGI STRUKTUR KOMPLEKS PERTAHANAN JEPUN YANG ADA DI MALAYSIA DAN BUKAN DARI SANDURAN INTERNET.

credit to ShahPaskal

p/s: terpulang kepada anda nak percaya atau tidak.. tapi bekas sekolah lama admin dulu bekas markas tentera jepun memang berhantu.. sebagai umat islam kita wajib mempercayai benda ghaib.. 




















Pangkalan Terapung Tentera Udara Diraja Malaysia di Pulau Layang-Layang



assalamulaikum semua.. kali ni admin nak post tentang millitary pula.. admin pasti ramai warga malaysia yang tak tahu malaysia mempunyai pengkalan terapung.. ala2 US tapi ni made in malaysia.. sebagai langkah berjaga-jaga.. ini semua sebab kes Spratly Island ada masa nanti admin post kan tentang Kes Kepulauan Spratly ni..






 Projek pangkalan Tentera Udara terapung di Pulau Layang-Layang atas arahan Tun Mahathir




Kedudukan pulau Layang-Layang
 
                                                                                                                                                
KOTA KINABALU, 12 Dis (Bernama) -- Pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu.
 
Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.

"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

"Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.



 
 
F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang landasan sekitar 1300 meter.

 

DIINTIP KAPAL SELAM ASING

Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.

Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.

Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.

Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.

Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.

Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly?


KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY

Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.

China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.




Binaan konkrit 3 tingkat milik China


 Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.

Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.

Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.


STRATEGI MALAYSIA

Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau.

Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.

Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.

Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.

Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.

Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.

Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.

Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina sehinggalah ke Sabah.

p/s Jarak operasi pesawat Sukhoi 30-MkM memang jauh berbanding pesawat tempur yang lain.





























Black Death - Wabak Penyakit Paling Bahaya Dalam Sejarah! (wajib baca mungkin akan berulang)

Assalamulaikum kali ni admin nak post tentang wabak penyakit yang paling bahaya dalam sejarah peradaban manusia.. dikatakan suku manusia di bumi ini tertewas dengan wabak penyakit yang diberi nama "Black Death" ini... bukan Black Sabath ye.. tu lain.. hehe..

Black death (maut hitam) adalah singkatan nama wabak penyakit PES dan radang paru-paru yang telah memporak–porandakan Eropah antara tahun 1347 dan 1351.

Inilah merupakan bencana wabak penyakit (pendemik) terburuk yang pernah menimpa peradaban umat manusia di muka bumi ini.

Pendemik ini bermula di Asia barat daya dan merebak ke Eropah pada awal dekad 1340-an.



 Kutu tikus yang membawa bakteria yersinia pestis
penyebab black death


Jumlah kematian di seluruh dunia, akibat pandemik ini, dianggarkan sebanyak 75 juta orang, termasuk antara satu pertiga hingga dua pertiga jumlah penduduk Eropah

Tesebar ke seluruh dunia, wabak black death ini setidak-tidaknya telah membunuh kurang lebih 40 juta orang, termasuk diantaranya 25 juta orang di Eropah. Faktanya, black death membunuh satu dari setiap empat orang Eropah hanya dalam waktu empat tahun.


Penyakit Merebak

Penyakit ini berasal dari China, kemudian telah menular pada orang-orang Eropah ketika seorang Kipchak (Mongol) menyerbu sebuah keramaian dengan melemparkan jenazah ke tengah pusat perdagangan di Crimea.





 Wabak penyakit black-death di Eropah mengikut tahun. 


 Kemudian wabak tersebut menrebak ke Genoa pada 1347, lalu tersebar ke bahagian barat dan utara, dan merebak ke London dan Paris pada 1348. Wabak itu mungkin dibawa pertama kali oleh kutu tikus yang juga dapat hidup pada manusia. Hal ini kemudian berubah menjadi wabak penyakit radang paru-paru yang menyebar melalui batuk dan bersin.






  
                                         Gambaran pelukis tentang bencana black death

 


Kesan akibat wabak black death ini, tanah lapang dipenuhi dengan mayat-mayat, rumah-rumah, kampung-kampung dan bandar menjadi sunyi dan kosong.

Mengikut sejarah, kononnya ribuan kerangka manusia yang digunakan sebagai kontruksi dasar bangunan Evora Chapel di Portugal itu merupakan kerangka mangsa keganasan wabak black death.


Penyebab

Pada umumnya dipersetujui hingga ke hari ini bahawa penyakit tersebut merupakan wabak yang disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis. Bakteria ini dibawa oleh kutu, yang dipindahkan pada manusia melalui hubungan dengan tikus. Gigitan kutu membawa penyakit ini ke sistem limfa, melaluinya ia memasuki nodus limfa.




 Mikrograf bakteria yersinia pestis yang diimbas melalui mikroskop elektron


 Di sini bakteria membiak dan membentuk bengkak yang dikenali sebagai "buboes", Selepas tiga atau empat hari bakteria memasuki saluran darah, menjangkiti organ seperti limpa dan pari-paru.


 Bangkakan buboes

   
Pesakit biasanya akan menemui maut selepas beberapa hari. Jaluran lain penyakit ini adalah wabak pneumonia, di mana bakteria menjadi bawaan udara dan memasuki secara langsung ke dalam paru-paru mangsa. Jaluran jenis ini adalah lebih merbahaya, kerana ia merebak secara langsung dari pesakit kepada yang lain.

Jangkitan jenis ini kemungkinannya memainkan peranan besar dalam black deathh, sementara jaluran ketiga adalah lebih jarang. Ini merupakan wabak Sepsis, di mana gigitan kutu membawa bakteria langsung kealiran darah, dan kematian berlaku dengan pantas.



Gambar Kuala Lumpur Ketika Perang Dunia Ke-2!!!

Lama betul tak update blog ni... bukan apa cuma masa yang tak mengizinkan admin nak update blog ni walaupun sumber dah melambak-lambak tapi admin masih tertewas dengan sikap malas admin sendiri.. hehe.. ok kali ni admin nak bagi korang gambar pulak.. tak payah baca-baca.. jom layan gambar Kuala Lumpur ketika perang dunia ke-2!..

Ketika kita berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, sama ada untuk bekerja, bershopping, saja jalan-jalan cari makan atau sebagainya tanpa kita SEDAR SAMA SEKALI kawasan yg kita PIJAK itu pada tahun 1942 dulu adalah kawasan PERTEMPURAN SENGIT. Banyak bangunan yang terbakar, asap berkepul-kepul di sana-sini dan paling mengerikan tempat mayat-mayat bergelimpangan...sesape yang suka stayback kat dataran merdeka tu memang berani.. hehe






 Kat belah kanan tu dataran merdeka lah tu.. 

 Basikal jepun..










Tuesday, January 8, 2013

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU

1. Selamat bertemu kembali


2. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated.


3. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa.
4. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.


5. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR YANG LANGKA.


6. Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.


7. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.
SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN


8. Saya bukanlah pakar hadis.


9. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini satu hari nanti.


10.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?


11.Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :
“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”


12. Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?
NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.


13.Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.


14.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.


15.Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.


16.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.


17.Padinya berbuahkan emas.




18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.


19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.


20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.


21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.


22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.


23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.
PYRAMID MELAYU


24.Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu.


25.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.


26.Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.


27.Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut.


28.Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.


29.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya.


30.Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.


31.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.
32.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu.


33.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.
TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL
“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)


34.Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.


35.Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.


36.Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?


37.Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?


38.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.


39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.


40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.


41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.


42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.


43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.


44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)
45.Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.
PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA


46.Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA.


47.Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.


48.Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.


50.Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.


51.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.


52.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.
PYRAMID-PYRAMID LAIN


53.Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam Sarawak atau Sabah.


54.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus.


55.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.
BESI ANEH


56.Kalau tidak salah saya tidak berapa dahulu di sebelah utara Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian tentang sebuah kawah hentaman meteor.


57.Yang anek sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam keadaan baik dan sempurna.


58.Aneh sekali kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear.
59.Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?


60.Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.


61.Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan ……



disini mesti semua tertanya2 kalau betulah ada piramid ni mana gambarnya?? hehe mengikut apa yang saya tahu lokasi piramid ni dekat pahang dan dikawal rapi oleh GDK... woww  nah ni gambar dia.. allahu alam la tapi mengikut sumber yang dipercayai memang ni lah piramid tu lokasi berdekatan dengan kawasan janda baik hmmm...

 Peta lokasi piramid di malaysia.. terdapat 4 piramid di Malaysia 2 di pahang 1 di terengganu berdekatan dengan bera/chini.. dan 1 lagi di sarawak di banjaran tahan..


Lokasi: Janda baik, Pahang

 
 Hmmmm...permandangan yang indah bukan.. japp oppss cuba perhatikan gunung belah kanan tu.. terlalu sempurna simetrinya.. seakan2 piramid bukan?


 ni gambaran yang lebih dekat...
Lokasi: tidak diketahui berdekatan dengan tasik berada di Terengganu




sekali lagi permandangan yang indah buikan?? tetapi ini bukanlah di malaysia tetapi di indonesia..

masih lagi di indonesia...


perhatikan lukisan ini dan bandingkan dengan gambar di bawah...




tadaaaaa...! 
lokasi: Padang,Indonesia
Tiada apa yang mustahil jika kita rajin mengkaji..

credit to Jamtulenmurah :)