assalamulaikum semua.. kali ni admin nak post tentang millitary pula.. admin pasti ramai warga malaysia yang tak tahu malaysia mempunyai pengkalan terapung.. ala2 US tapi ni made in malaysia.. sebagai langkah berjaga-jaga.. ini semua sebab kes
Spratly Island ada masa nanti admin post kan tentang Kes
Kepulauan Spratly ni..
Projek pangkalan Tentera Udara terapung di Pulau Layang-Layang atas arahan Tun Mahathir
Kedudukan pulau Layang-Layang
KOTA KINABALU, 12 Dis (Bernama) --
Pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Terumbu
Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah pencerobohan nelayan asing dan
tentera asing di perairan itu.
Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah
Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan nelayan asing di kawasan terumbu
itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas sejak kapal dan bot TLDM
aktif melakukan rondaan perairan.
"Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu
negara yang kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan
nelayan dan kuasa asing.
"Kita akan mengawasi apakah tujuan mereka (kapal tentera asing), sama
ada hanya lalu di perairan ini atau datang merisik," kata beliau.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.
F-18D Hornet terbang berdekatan
Pulau Layang-Layang yang terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut
China Selatan. Dulu pulau ni sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir
arahkan terumbu ni ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling
hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi.
Panjang landasan sekitar 1300 meter.
DIINTIP KAPAL SELAM ASING
Seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan
itu pernah diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam.
Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu menghilangkan diri setelah kehadiran
mereka berjaya dikesan dan siren amaran dibunyikan.
Lt Khairulislah berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa
dibuat dan mereka perlu mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM
untuk melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan itu.
Beliau berkata setiap bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan
ditahan dan dimaklumkan kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan
samada menahan, mengusir atau menyita bot nelayan asing itu.
Katanya perbezaan yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah
bertugas di barisan hadapan yang sentiasa terdedah dengan ancaman luar
dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan menghadapi ancaman yang bakal
berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata mereka di sini 'kami akan
pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan darah terakhir'.
Lt.Khairulislah berkata nilai tangkapan ikan Tuna yang terdapat di
perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70 juta setahun.
Adakah ini ada kaitan dengan tuntutan kepulauan Sptratly?
KUBU PERTAHANAN DI KEPULAUAN SPRATLY
Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas
kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak
Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi)
dan dilengkapi dengan landasan pesawat.
Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan
khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off
Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.
Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.
Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang
dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit
Taktikal 570th.
China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan
kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat
bangunan di Terumbu Mischief.
Binaan konkrit 3 tingkat milik China
Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.
Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson,
binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam.
Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan
ini pada April 2009.
Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan
binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah
bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk
lima kereta kebal.
Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara
lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja
iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.
STRATEGI MALAYSIA
Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu
berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di
kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki
terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk
bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah
pulau.
Kawasan tuntutan Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan
gas yang paling kaya berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.
Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar,
Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga
sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang
besar seperti China.
Umum mengetahui, China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia
mempunyai kelemahan yang agak ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti
Kapal Selam.
Jarak operasi pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga
sangat jauh dan kuasa besar itu tidak mempunyai kapal induk pesawat
untuk menjalankan operasi ketenteraan secara berkesan.
Sebagai contoh, Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi
peperangan menuntut pulau Falkland dari Argentina kerana Britain
mempunyai armada laut yang kuat termasuk dilengkapi dengan kapal induk
pesawat seperti HMS Hermes.
Walaupun terletak beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya
menang dan peranan kapal selam Britain berjaya mencegah campur tangan
tentera laut Argentina menyebabkan negara Latin Amerika itu hanya
sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk menghadapi Britain.
Kemasukkan pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem
pertahanan yang mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang
jauh, umum mengetahui jarak penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong
Kedak yang terletak berhampiran Laut China Selatan memungkinkan TUDM
beroperasi untuk anti perkapalan dari perairan Vietnam, Filiphina
sehinggalah ke Sabah.
p/s Jarak operasi pesawat Sukhoi 30-MkM memang jauh berbanding pesawat tempur yang lain.