1. Selamat bertemu kembali
2. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara
ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda
semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang
sofistikated.
3. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang
wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu
Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa
bangsa.
4. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.
5. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini
dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR
YANG LANGKA.
6. Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan
jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan
dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin
orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.
7. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya
nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan
servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat
kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan
tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.
SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN
8. Saya bukanlah pakar hadis.
9. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang
tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini
satu hari nanti.
10.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?
11.Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda
Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai
yang berbunyi :
“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah
angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka
suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke
negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar
mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali
Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu
singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu
bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”
12. Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia
termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi,
tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?
NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.
13.Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina
Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas
Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.
14.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah
menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu
sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.
15.Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai
keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah
Melayu karangan W.G Shelabear.
16.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini
yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada
cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di
kawasan padi mereka.
17.Padinya berbuahkan emas.
18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak
raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu
berwarna perak.
19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama
“Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua
orang putera raja itu.
20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong
Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa
yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.
21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.
22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya
metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot
atau mecha.
23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.
PYRAMID MELAYU
24.Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang
mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga
ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu
perihal itu.
25.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.
26.Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar
laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina
Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan
kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.
27.Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput
masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang
pyramid tersebut.
28.Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal
pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara
dalam Semenanjung Malaysia.
29.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah,
lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal
menjadi rahsia saya.
30.Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.
31.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah
pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang
tinggi.
32.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit
tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau
setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang
bentuk saji itu.
33.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.
TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL
“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN
DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA
DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH
JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG
MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)
34.Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa
apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga
elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan
tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan
manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai
rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.
35.Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh
dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan,
emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas
melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.
36.Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan
bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?
37.Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?
38.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.
39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.
40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus,
sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.
41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.
42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di
tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.
43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.
44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)
45.Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia
terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak
eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.
PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA
46.Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang
paling merbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA
RAHSIA.
47.Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit
misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa
minggu.
48.Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol
ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana
cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang
dipakai oleh manusia biasa.
50.Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.
51.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.
52.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan
pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.
PYRAMID-PYRAMID LAIN
53.Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai
sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam
Sarawak atau Sabah.
54.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal
Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau
menghubungi saya terus.
55.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.
BESI ANEH
56.Kalau tidak salah saya tidak berapa dahulu di sebelah utara
Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian
tentang sebuah kawah hentaman meteor.
57.Yang anek sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui
tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam
keadaan baik dan sempurna.
58.Aneh sekali kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun
kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan
dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear.
59.Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?
60.Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.
61.Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang
mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan
……
credit to Militeryofmalaysia.net
disini mesti semua tertanya2 kalau betulah ada piramid ni mana gambarnya?? hehe mengikut apa yang saya tahu lokasi piramid ni dekat pahang dan dikawal rapi oleh GDK... woww nah ni gambar dia.. allahu alam la tapi mengikut sumber yang dipercayai memang ni lah piramid tu lokasi berdekatan dengan kawasan janda baik hmmm...
Peta lokasi piramid di malaysia.. terdapat 4 piramid di Malaysia 2 di pahang 1 di terengganu berdekatan dengan bera/chini.. dan 1 lagi di sarawak di banjaran tahan..
Hmmmm...permandangan yang indah bukan.. japp oppss cuba perhatikan gunung belah kanan tu.. terlalu sempurna simetrinya.. seakan2 piramid bukan?
ni gambaran yang lebih dekat...
Lokasi: tidak diketahui berdekatan dengan tasik berada di Terengganu
sekali lagi permandangan yang indah buikan?? tetapi ini bukanlah di malaysia tetapi di indonesia..
masih lagi di indonesia...
perhatikan lukisan ini dan bandingkan dengan gambar di bawah...
tadaaaaa...!
lokasi: Padang,Indonesia
Tiada apa yang mustahil jika kita rajin mengkaji..
credit to Jamtulenmurah :)